Khamis, 31 Januari 2013

Jalan Santai

Penat bekerja, tambah dengan karenah anak-anak, kami semua sepakat untuk bercuti walau sehari.  Setelah membuat pilihan, tempat yang akan kami tujui ialah CHALAET TERAPUNG BUKIT KECHIL..

Disebabkan hari itu hari bekerja, terpaksalah kami semua bertolak selepas maghrib..anak2 semuanya sibuk packing barang2 sendiri.. segala peralatan di bawa...

Sesampai di tempat tuju jam sudah hampir pukul 9 mlm.. susana yang gelap nampak lampu2 diatas air begitu mengasyikkan.


Suasana gelap melatari alam ketika kami sampai..

Tidak lama menunggu sebuah bot yang dijanjikan datang menjemput. 

Begitu ceria si bongsu dapat naik bot

Sampai juga ke Chalet yang kami tempah

Berada di tengah-tengah sungai, di keliligi tumbuhan menghijau.. alangkah damainya.

Kemudahan Bilik Air yang agak selesa

Tv untuk menonton

Dapur dan ruangan makan

Bilik tidur utama

Sofa di ruangan menonton

Bilik tidur kedua.. cukup untuk keempat-empat anakku

Chalet ini amat sesuai untuk kaki-kaki pancing..si bujangku sedang mencuba memancing berumpankan sotong

Si Angah pun nak mancing samalah

laluan penghubung antara chalet-chalet dan juga ke restoran

Waktu amat singkat.. kami dah nak balik

Si Along yang pemalu.. asal nak ambil gambar pasti disoroknya muka

Kembara kali ini berakhir.. anak-anak seronok dan mengajak datang lagi selepas ni..
pastinya daku kan kembara lagi.. tetapi lain tempat..

Isnin, 8 Jun 2009

Semoga Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam


Selamat petang,

Lama betul saya tak melihat blog saya ini, semalam saya kerja 24 jam, hari ini bos bagi off lee... jadi sempat saya melihat blog saya ni. hari ini saya nak cerita penemuan terbaru saya untuk cergas dan sihat. Setiap kali menatap Harian Metro hati saya selalu berbisik ingin kelihatan langsing seperti orang-orang telah berjaya. Bayangkan dengan keadaan saya yang hanya tinggi 1.55m dan berat 66kg tentu nampak macam..... hai Jus Mate 5...... ingi sekali ku mencuba. Saya beranikan diri menelefon pengedar yang paling dekat dengan saya, saya cuma ingin mencuba pek percubaan 5 paket sahaja. Akhirnya setelah diterangkan saya setuju menjadi ahli dengan membeli 3 kotak sekaligus dengan harga RM 450.00. Saya dan suami sama-sama mencuba. Setelah 3 kotak itu habis kami menambah lagi sebanyak 2 kotak. Kini saya dari 66 kg telah dapat menurunkan berat badan saya kepada 61kg, manakala suami saya dari 76 kg kepada 68 kg. Kini saya berazam ingin turunkan berat badan saya kepada 55 kg




Isnin, 25 Mei 2009

Mandi Herba

Semalam sambil menonton TV cerita Ceplos, tangan rasa gatal je nak susun buku-buku lama kat rak tepi rak TV. Sambil susun selak sehelai dua dan terbacalah ruangan cantik semula jadi. Jadi hari ini ingin saya berkongsi kepada semua, kita sebagai wanita yang sudah berumahtangga dan sudah bergelar ibu jangan sesekali mengabaikan kesihatan diri.
Cuba fikir jika tidak kita yang menjaga diri sendiri siapa lagi, itulah pengorbanan yang mendapat pahala besar walaupun sukar untuk menghadapinya. Orang dulu-dulu semasa dalam pantang suka benar bersalai, dimana katil dibuat daripada papan dan dibawah katil dihidupkan bara api untuk memanaskaan badan, walaupun nampak seksa, ibu mertua saya yang dah pun berumur lewat 50an masih kuat dan sihat hingga hari ini.
Kedua jangan lupa mandi herba selepas bersalin untuk mengembalikan kesegaran dan bau wangi badan. Biasanya bahan yang digunakan terdiri daripada serai wangi, pandan wangi, daun tulang-tulang, akar-akar kayu kering yang dimnasukkan dalam air panas dan dibuat mandian sepanjang berpantang. Sekarang dah moden, semua itu dah dijual di pasaran dan senang dicari.
Selain itu, urutan juga jangan lah dipandang ringan, ingin saya kongsi pengalaman saya, setelah bersalin anak pertama secara pembedahan, saya tidak berurut dan bertungku(ikut kata mak mertua) setelah bersalin anak kedua, hanya 3 kali aje berurut. Kesannya sekarang selalu lemah-lemah badan. Oleh itu selalulah berurut untuk melancarkan kembali aliran darah serta sistem dalaman badan termasuk urat dan sendi-sendi. Mengurut bukan sahaja dapat menghilangkan rasa sakit badan malahan tekanan(stress) dan pelbagai masalah angin dalam badan.
Kaedah mandi wap juga dapat melancarkan peredaran darah dan mengembalika kesegaran tubuh selepas bersalin. Berkesan untuk mengeluarkan toksik dalam badan. Ramuan herba yang terpilih mengeluarkan bau dan aroma yang menyegarkan serta membersihkan ruang pernafasan. Mengeluarkan kotoran yang melekat di ronnga perpeluhan,melancarkan aliran oksigen, melancarkan aliran darah dan menyegarkan serta menyihatkan kulit. Biasanya mandi wap dilakukan selepas kering haid atau nipas.
Untuk hari ini kita kongsi setakat ini sahaja dulu, jika kawan-kawan ada petua atau komen sila poskan untuk tatapan semua.

Rabu, 20 Mei 2009

Selamat Datang

Semua orang ingin sihat dan cergas sepanjang masa, samada tua, muda ataupun kanak-kanak. Kesihatan amat perlu untuk menjalani kehidupan harian. Kita perlu sihat untuk bekerja, untuk melakukan tugasan harian dirumah ataupun pejabat. Tiada siapapun ingin sakit, oleh itu kesihatan perlulah dijaga, di blog saya ini akan saya catatkan bagaimana untuk kita kekal sihat dan cergas sepanjang masa, ok sebelum saya sertakan tips seterusnya, saya ingin ucapkan selamat datang kepada semua pembaca blog saya, kerana ini kali pertama saya menulis didalam blog ini.