Isnin, 25 Mei 2009

Mandi Herba

Semalam sambil menonton TV cerita Ceplos, tangan rasa gatal je nak susun buku-buku lama kat rak tepi rak TV. Sambil susun selak sehelai dua dan terbacalah ruangan cantik semula jadi. Jadi hari ini ingin saya berkongsi kepada semua, kita sebagai wanita yang sudah berumahtangga dan sudah bergelar ibu jangan sesekali mengabaikan kesihatan diri.
Cuba fikir jika tidak kita yang menjaga diri sendiri siapa lagi, itulah pengorbanan yang mendapat pahala besar walaupun sukar untuk menghadapinya. Orang dulu-dulu semasa dalam pantang suka benar bersalai, dimana katil dibuat daripada papan dan dibawah katil dihidupkan bara api untuk memanaskaan badan, walaupun nampak seksa, ibu mertua saya yang dah pun berumur lewat 50an masih kuat dan sihat hingga hari ini.
Kedua jangan lupa mandi herba selepas bersalin untuk mengembalikan kesegaran dan bau wangi badan. Biasanya bahan yang digunakan terdiri daripada serai wangi, pandan wangi, daun tulang-tulang, akar-akar kayu kering yang dimnasukkan dalam air panas dan dibuat mandian sepanjang berpantang. Sekarang dah moden, semua itu dah dijual di pasaran dan senang dicari.
Selain itu, urutan juga jangan lah dipandang ringan, ingin saya kongsi pengalaman saya, setelah bersalin anak pertama secara pembedahan, saya tidak berurut dan bertungku(ikut kata mak mertua) setelah bersalin anak kedua, hanya 3 kali aje berurut. Kesannya sekarang selalu lemah-lemah badan. Oleh itu selalulah berurut untuk melancarkan kembali aliran darah serta sistem dalaman badan termasuk urat dan sendi-sendi. Mengurut bukan sahaja dapat menghilangkan rasa sakit badan malahan tekanan(stress) dan pelbagai masalah angin dalam badan.
Kaedah mandi wap juga dapat melancarkan peredaran darah dan mengembalika kesegaran tubuh selepas bersalin. Berkesan untuk mengeluarkan toksik dalam badan. Ramuan herba yang terpilih mengeluarkan bau dan aroma yang menyegarkan serta membersihkan ruang pernafasan. Mengeluarkan kotoran yang melekat di ronnga perpeluhan,melancarkan aliran oksigen, melancarkan aliran darah dan menyegarkan serta menyihatkan kulit. Biasanya mandi wap dilakukan selepas kering haid atau nipas.
Untuk hari ini kita kongsi setakat ini sahaja dulu, jika kawan-kawan ada petua atau komen sila poskan untuk tatapan semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan